PASAR SENI atau CENTRAL MARKET (CM) yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.
kini- kedai - kedai lebih tersusun dan teratur |
Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".
gerai-gerai kecil yang hanya menjual makanan dan fabrik..tiada lagi pelukis - pelukis potret yang dapat dilihat |
Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia. - Sumber Wikipedia
![]() |
dahulu - walaupun kurang menarik, tetapi penuh dengan kesenian |
Apa yang aku ingin luahkan ini adalah suasana di sekitar tempat tersebut..Kalo dahulunya, kita boleh tengok orang melukis di tepi-tepi jalan,,ada jugak yang bermain muzik,,jual barang - barang mainan.. Tapi sekarang semua itu dah tak ada..Aku rindu CM yang dulu..Dulu, Setiap petang aku pasti ke sini melihat kekreatifan pelukis-pelukis melukis sambil melepaskan rasa tension selepas mengulangkaji pelajaran mahupun setelah penat ke kelas ..
Tapi sekarang, semua tu dah tak ada lagi..Memang diakui kedudukan kedai-kedai mahupun gerai-gerai di situ lebih tersusun dan teratur.. Tetapi, kesenian yang wujud di 'Pasar Seni' itu dah tiada..sudah hilang di mata orang yang mencintai seni seperti saya..
No comments:
Post a Comment