Bilakah masa terbaik untuk kita mengetahui jantina seseorang baby ek?
Masa mengandung sebelum ni aku scan time baby dah 28 minggu.. tapi kalo boleh kali ni nak scan awal cket.. so agak-agak bila ek? sekarang dah 20 minggu dah..ok tak kalo scan sekarang?
berdasarkan maklumat bawah ni macam sesuai je..
Imbasan Anamoly ( 20 - 24 minggu )
Okey, masa ni saiz baby dah agak besar. Dah 5 bulan ke atas. Memang biasanya klinik kesihatan sendiri akan jalankan imbasan yang ni. Imbasan kali ni nak tengok keadaan baby dengan lebih detail. Doktor akan tengok keadaan otak baby, muka, mulut (untuk kesan risiko sumbing), paru-paru, jantung, dan sistem perkumuhan baby.
Mungkin jugak masa ni kita dah boleh nampak jantina baby. Bergantung la..ada baby suka bagi surprise pada mama papanya. Time tu la dia nak bersila panggung sorokkan anunya. Hehe.. Comel!
1 comment:
Selalunye 28 ke 32 minngu klu nk nmpk y sempurna le
Post a Comment