11.18.2010

ANTARA KORBAN DAN AKIKAH

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.


Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut: ``Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata-mata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.''


Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa hukumnya adalah sunat muakkad, tetapi sebahagian ulama Mazhab Hanafi menghukumnya sebagai wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat.

ada ulama yang berpendapat bahawa akikah masih boleh dikerjakan sehingga usia anak itu baligh.

terdapat beberapa perbezaan antara korban dan akikah:
- Pertama, daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, manakala daging akikah lebih utama disediakan dalam keadaan yang sudah dimasak sebelum diberi makan kepada fakir miskin dan boleh juga diberikan kepada mereka yang kaya.
- Kedua, daging akikah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa dan harapan agar akhlak dan kelakuan anak yang diakikahkan kelak menjadi manis dipandang orang.
- Ketiga, tulang-tulang haiwan akikah sunat dipotong pada sendi-sendinya. Sementara tulang-tulang daripada daging korban tidak sedemikian.
- Keempat, waktu menyembelih korban terhad kepada empat hari sahaja dalam setahun, iaitu pada Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan tiga Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Sedangkan sembelihan untuk tujuan akikah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut. Bahkan dapat dibuat pada mana-mana hari yang sesuai.
- Kelima, tuntutan melakukan ibadah akikah untuk seseorang hanyalah sekali seumur hidup, manakala tuntutan korban boleh dilakukan setiap tahun Hijrah.
Kata Kamaruddin, tidak ada ruginya melakukan ibadat korban kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Manakala, bagi setiap orang Islam yang memperoleh cahaya mata, disunatkan pula menyembelih kambing atau lembu sebagai akikah untuk mendekatkan diri anak kepada Allah sejak peringkat awal lagi.

Ia juga sebagai tebusan atau fidyah untuk menebus diri anak daripada segala bencana sebagaimana Allah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.

Selain itu sebagai tanda syukur atas kurniaan Allah tersebut, di samping mematuhi perintah Allah.

Tambah beliau, kebiasaannya akikah sunat dibuat pada hari ketujuh selepas kelahiran ataupun pada hari-hari yang ke 14 dan 21.

Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Akikah disembelih pada hari ketujuh, hari keempat belas dan hari kedua puluh satu. (Riwayat Baihaqi).

ada ulama yang berpendapat bahawa akikah masih boleh dikerjakan sehingga usia anak itu baligh.


ihsan Utusan Malaysia, 26 Dis 2003

No comments: