6.29.2010

Tips Membeli Cincin Berlian


Ha , cantik tak cincin ni.. inilah cincin hadiah dari suamiku kepada ku.. cincin ni di beli di Poh Kong, sebuah kedah emas di SOGO, KL. Dia memilih cincin ini sebab katanya cincin ala-ala cincin dalam citer spiderman untuk Mary Jane.. ahakkks.. pepun thanks to my hubby.. cayang kamu..muaahhh..

Rasanya tips ni bagus untuk kita memilih dan mencari cincin berlian

Harga berlian ditentukan oleh 4C = Colour (warna), Clarity (kejelasan), Carat (Karat) dan Cut (potongan)

1. Colour

Warna berlian selalunya dikelaskan dari D - X untuk berlian putih dan kuning. D yang paling putih. Sekitar S, ia sudah menjadi kuning keemasan. Memang ada berlian warna lain seperti hijau, merahjambu, merah, biru dan perang, tetapi berlian putih yg paling popular. Berlian putih sepatutnya berwarna kristal.

2. Clarity

Semakin jelas setiap satu berlian itu, semakin tinggi kualitinya. Ia dikategorikan seperti VVS1, VVS2, VS1, SI1, SI2 dan sebagainya.

3. Carat

Berat berlian diukur berdasarkan karat (berat yang diukur dalam satuan karat). Satu karat setara dengan 0.2 gram atau 200 mg yang terbagi menjadi 100 poin. Jadi berlian 0.5 karat disebut juga dengan berlian 0.5 pointer.

4. Cut

Ia merupakan teknik potongan yang digunakan untuk membentuk berlian. Teknik potongan yang tepat akan membuat berlian semakin berkilau sempurna. Model 58-facet round brilliant merupakan bentuk berlian yang paling popular dan berkilau. Contoh lainnya : Round Swiss, Round Old European dan round 144 facet.

Pilih kedai yang tepat dan diyakini produknya asli sebelum membeli perhiasan/cincin berlian. Jika ada yang berkenan, tanya lebih lanjut pada penjual tentang 4C di atas. Beli diwaktu jualan murah, mungkin dpt potongan harga yang boleh menyelamatkan sedikit poket tukang bayar (selalunya bakal suamilah).

terima kasih kepada http://kedaijomkahwin.blogspot.com/ kerana memberi info yang amat berguna

No comments: