12.25.2009

CUTI HUJUNG TAHUN..aku ke PNM lagi..

hari ni aku ke Perpustakaan Negara Malaysia lagi.. sudah 8 hari aku ulang alik ke sini.. cuti aku habis hanya di sini sahaja.. inilah tempat aku dan suami aku bertemu buat pertama kali.. huhuhu.. dan sejak hari itu hingga hari ini, aku dan dia selalu 'dating' d sini.. nak membaca ka nak bercinta?? apa-apa je lah.

pertama kali aku datang sini pada tahun 2003, iaitu pada hari ketujuh selepas aku melaporkan diri di utm jalan semarak.. hingalah hari ini,, dan mungkin sampai bangunan ni runtuh... pada aku, di sini banyak yang boleh di perolehi.. selain dari ilmu.. macam-macam kemudahan ada disini.. kafeteria, komputer untuk menaip dan berinternet, mesin fotostat, etc.. dan aku tak pernah rasa jemu di sini..

aku harap, perpustakaan sik juga akan mencontohi perpustakaan di sini... kerana.....aku dah bosan dengan buku yang tak pernah update selama 3 tahun aku keluar masuk perpustakaan sik itu.. bukan nak mengutuk,, tapi sekadar meluah rasa yang tersemat di dada.. dan aku pasti, pembaca-pembaca setia perpustakaan itu pun bersetuju dengan pendapat aku...

No comments: