11.04.2009

cuti sekolah dah nak bermula..long vacation..





Sebut saja pasal cuti sekolah ,,boleh kata semua pelajar senyum lebar sampai ke telinga.. Sat yang ditunggu-tunggu oleh setiap student.. maklum la boleh rehat otak yang dah setahun kepenatan menimba ilmu..
Cuti pengubat segala tekanan .Tiada lagi guru yang marah-marah.Tiada lagi guru yang membebel-bebel.Tiada lagi kerja sekolah.Tiada lagi latihan yang perlu dibuat.Pun tiada juga buku..Tiada buku, bermakna tiada rasa sakit kepala akibat memerah otak. Tiada lagi fakta yang perlu dihafal atau diingati.Mungkin itu sebabnya, cuti memang mampu membuat para pelajar tersenyum lebar.Hati pula berbunga bahagia..Tambahan lagi kiranya sudah ada aktiviti menyeronokkan yang menanti waktu cuti ini.


Sememangnya cuti yang panjang memberi ruang untuk pelajar berehat. Otak yang kepenatan memang wajar direhatkan.Namun, pelajar harus sedar bahawa otak tidak boleh direhatkan terus.Melupakan pelajaran untuk sementara tidak mengapa tetapi jangan ditinggalkan terus aktiviti pembacaan sepanjang cuti ini.. Kalau pun tidak membaca buku pelajaran, bacalah apa sahaja bahan bacaan yang mendatangkan faedah. Dengan hal demikian minda akan dibantu agar sentiasa cergas. Merehatkan minda dalam tempoh yang lama akan menyebabkan minda tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik..


Melancong di tempat sendiri atau di tempat orang memungkinkan pelajar-pelajar memperoleh pengalaman-pengalaman baru yang pastinya amat berharga.Sesungguhnya pengalaman ialah guru terbaik mematangkan lagi daya fikir dan mendewasakan pelajar.Sebenarnya segala-galanya bergantung kepada diri pelajar sendiri. Kalaupun tidak pergi melancong akibat kurang berkemampuan atau ibu bapa sibuk bekerja, buatlah sesuatu yang pelajar minati. Sekiranya pelajar minat memasak misalnya, mengapa tidak waktu cuti ini digunakan untuk mempelajari bidang masakan dengan mendalam. Ambillah kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan.Jelaskan dengan baik niat pelajar kepada ibu bapa.Mintalah bantuan mereka untuk membiayai yuran kursus yang dihadiri. Atau kalau mungkin, gunakanlah tabungan pelajar sendiri, Tentu seronok bercuti andai dapat melakukan sesuatu yang diminati .Tambahan pula perkara itu mendatangkan ilmu dan kemahiran baru dalam diri pelajar.Selain menghadiri kursus berdasarkan hobi, pelajar juga boleh menghadiri kursus-kursus komputer ataupun sebarang bentuk kemahiran yang sesuai.Pilihlah kursus yang mempunyai nilai tambah kepada ilmu yang sedia ada. Jadikan tambahan ilmu itu sebagai aset untuk mencapai cita-cita pada masa depan.Persaingan untuk merebut tempat di IPTA atau IPTS mahupun dalam dunia pekerjaan amatlah tinggi. Pelajar perlu mempunyai kelebihan tersendiri untuk berjaya dalam persaingan tersebut.Oleh itu penuhilah cuti dengan menambah ilmu-ilmu baru dalam diri terutama yang berkaitan kerjaya yang pelajar idam atau cita-citakan.Pelajar-pelajar juga boleh mengikuti program-program motivasi atau kecemerlangan diri.
Peluang untuk mengisi dada dengan ilmu-ilmu kerohanian tidak harus dilepaskan. Untuk menjadi orang yang berjaya dalam apa pun perkara yang diceburi pasti menuntut kekuatan rohani dan mental yang tinggi. Dewasa ini, banyak program-program sebegini dianjurkan oleh pihak swasta atau badan-badan bukan kerajaan (NGO). Program-program sebegini bukan sahaja dipenuhi dengan ceramah semata-mata tetapi pasti diwarnai juga dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.Ilmu dan pengalaman akan bertambah, kawan-kawan baru juga bertambah.Layarilah sahaja internet untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hal ini.Mungkin semua saranan itu lebih sesuai ditujukan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berkemampuan lantaran melibatkan kos antaran RM200- RM500.Bagi yang tidak, jangan cepat putus asa. Ilmu tidak sahaja boleh diperoleh secara formal tetapi juga secara tidak formal.Mungkin juga boleh diperoleh secara percuma. Pelajar perlu kreatif dalam memperolehnya. Paling penting bertanyalah kepada orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa sendiri.Mereka pasti boleh memberi pandangan atau cadangan yang baik.Mereka lebih dulu makan garam.Berkemungkinan juga mereka memberi laluan yang mudah untuk pelajar mendapatkan ilmu yang inginkan. Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anak meerka ingin melakukan sesuatu yang berfaedah.Pasti mereka sedia membantu anak-anak.
Alternatif lain, pelajar juga boleh meminta bantuan kawan-kawan atau adik beradik ataupun saudara mara yang pelajar ketahui mempunyai kemahiran dalam bidang yang pelajar minati itu, misalnya kemahiran membaiki motosikal atau kemahiran bermain gitar.Janganlah malu tidak bertempat. Tiada salahnya pelajar meminta mereka berkongsi ilmu dan kemahiran serta pengalaman mereka dengan pelajar. Selain mendapat ilmu yang bermanfaat pastinya proses pemerolehan ilmu itu berlaku dalam suasana yang lebih santai dan dalam situasi yang menyeronokkan.Selain itu juga, hubungan silaturahim juga dapat dieratkan.Pengisian rohani boleh juga didapai secara percuma. Mungkin tidak perlu mengikuti kem motivasi yang menelan belanja RM200 hingga RM300 seorang.Caranya mudah. Ikutlah ibu bapa atau kawan-kawan ke masjid.Bukan sahaja dapat bersembahyang berjemaah ,hubungan silaturahim antara masyarakat juga dapat dieratkan. Selain itu, pelajar juga akan memperoleh ganjaran pahala.Lagi pula di sana jugalah pelajar berpeluang untuk mendengar ceramah-ceramah agama bagi mengisi tuntutan rohani. Hati yang kosong lebih wajar diisi dengan kekuatan rohani yang tinggi agar tidak mudah terpesong dan terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri. Mungkin bagi sesetengah pelajar saranan ini bukanlah sesuatu yang menarik dan menyeronokkan.Mungkin benar terutama bagi mereka yang masih lemah kekuatan iman mereka.Walau bagaimanapun, tidak salah pelajar mencubanya.Untuk melakukan sesuatu perkara yang baik memang banyak cabarannya.Berkemungkinan pada peringkat awal pelajar akan berasa bosan..Namun jika dimulakan dengan niat yang bersih dan ikhlas, pelajar tidak akan menyesal tetapi sebaliknya akan berasa seronok. Insyaallah, pelajar akan memperoleh ketenangan dan nikmat yang tidak tergambar oleh perkataan. Banyak lagi aktiviti yang dapat pelajar lakukan dalam waktu cuti sekolah ini.




Pelajar boleh juga bekerja sambilan, terutama yang sudah berumur 16 tahun ke atas. Kini, banyak majikan yang sudi memberi peluang pekerjaan sementara kepada pelajar-pelajar dalam musim cuti sekolah ini..Carilah kerja yang sesuai dan yang tidak memerlukan tenaga yang banyak.Antaranya bekerja di pasar raya atau kompleks membeli-belah, di kedai-kedai makanan segera, di bengkel-bengkel motosikal ataupun di mana-mana sahaja tempat yang ada menawarkan pekerjaan yang halal.Seronoknya cuti andai pelajar berpeluang memperoleh wang hasil titik peluh sendiri.Pengalaman bekerja amat berharga pada pelajar.Bukan sahaja pelajar dapat memperoleh pengalaman baru tetapi juga dapat menimba pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Semua ini pasti dapat mematangkan diri para pelajar lagi. Bahka, pengalaman bekerja tentunya boleh menginsafkan pelajar agar lebih menghargai ibu bapa yang penat bekerja untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Pelajar juga tahu akan nilai wang dan tidak akan membelanjakan wang sesuka hati. Tentu sayang rasanya andai pelajar menghabiskan wang begitu sahaja setelah memperolehnya setelah penat bekerja.. Andai tidak mahu bekerja, setidak-tidaknya pun isilah cuti pelajar dengan menolong ibu bapa di rumah. Banyak perkara yang pelajar boleh lakukan.Ibu bapa ialah insan yang paling pelajar sayangi.Rebutlah peluang untuk membuatkan insan-insan yang pelajar sayangi itu gembira.Bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang bekerja, peluang untuk meringankanlah beban yang ditanggung oleh mereka jangan dilepaskan.. Tentunya mereka tersenyum gembira apabila melihatkan rumah yang telah dibersih dan dikemaskan serta makanan yang telah dimasak sudah menanti mereka sesampai sahaja mereka di rumah. Tambahan lagi disambut dengan senyuman dan pelukan kasih sayang daripada anak-anak. Kalaupun tidak pandai mengemas rumah atau memasak, setidak-tidaknya pun kemaslah barang-barang dan bilik pelajar sendiri.Basuh dan sidailah baju-baju sendiri.Sekurang-kurangnya pelajar tidak menambah beban ibu bapa. Ibu bapa pasti penat bekerja sepanjang hari. Andai tidak mampu atau pandai memasak pula, sambutlah kepulangan ibu bapa dari tempat kerja biarpun hanya dengan hidangan minuman sejuk.Yang penting kepulangan mereka disambut oleh anak-anak dengan bibir diukir senyuman. Rasa penat dan dahaga mereka pasti hilang. Bukankah seronok dapat menggembirakan hati ibu bapa.Anggaplah bantuan yang pelajar hulurkan merupakan hadiah kepada ibu bapa yang disayangi.Banyak aktiviti waktu cuti telah cikgu sarankan.
Oleh itu tepuk dada tanya selera. ('',)...

2 comments:

ruby said...

cantinya buah,buah apa?

Nafizah said...

buah epal cameron.. tak sedap pun buah tu