10.30.2009

HANYALAH PENDAPAT!!!

Lazimnya, tiada teguran harus diajukan mengenai disiplin tatkala seseorang guru masuk ke kelas untuk mengajar. Para pelajar akan berdiri, memberi salam hormat kepada guru dan duduk setelah diizinkan.
Akan tetapi, terdapat sesuatu yang aneh berlaku ketika seorang guru agama masuk ke kelas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Setelah para pelajar mengucapkan salam kepada guru tersebut, mereka beramai-ramai melafazkan doa yang berbunyi (dalam bahasa Arab), "rabbi -syrah lii shadrii, wa yassir lii amri, wahlul 'uqdatan min-lisaani, yafqahuu qaulii, waj'al lii waziiran min ahlii." Itu kononnya doa untuk terang hati.
Doa tersebut dipetik daripada ayat-ayat al-Qur'an yang bererti, "Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), supaya mereka memahami ucapanku" (20:25-28).
Sekiranya para pelajar itu mengetahui maksud doa yang disuruh dilafazkan sebelum memulakan pembelajaran, tentu mereka akan menyuruh guru agama tersebut melafazkannya pula sebelum dia memulakan pengajarannya!
ADA LAGI .. TAK ABIS LAGI...
Cerita diteruskan. Seorang murid perempuan balik ke rumah lalu memberitahu ibunya, "Emak, cikgu agama kata tuhan tu bodoh!" Ibunya kehairanan seraya bertanya, "Kenapa Ina cakap begitu?" "Sebab dalam ujian agama, Ina tulis satu daripada sifat tuhan ialah 'Tuhan itu pandai' tapi cikgu tanda salah!!"
Terdahulu daripada itu, semasa murid itu lebih kecil, dia telah menceritakan perihal Nabi Nuh dengan bahteranya. Dia memberitahu bahtera tersebut telah bocor lalu air masuk ke dalamnya. Nabi Nuh bersegera pergi ke tempat yang bocor itu lalu menampalnya dengan tahi matanya.
Apabila ditanya dari mana cerita itu didengar, dia menjawab, "Dari cikgu agama di sekolah."

No comments: