6.27.2009

LAWATAN KE KELANTAN/TERENGGANU

TARIKH : 27 .06.2009 hingga 29.06.2009
ANJURAN ; KELAB PUSPANITA DAERAH SIK
TEMPAT : KELANTAN DAN TERENGGANU
BAYARAN : RM50.00

Dengan bayaran sebanyak RM50 anda layak ke percutian ke Kelantan dan Terengganu selama 3 hari 2 malam..murah kan..selebihnya disponsor oleh kelab Puspanita daerah Sik...Ape lagi, confirm la nak pegi.. Jeng..jeng..jeng.. 

solat zuhur di masjid terapung
 souvenior untuk kawan- kawan


 melawat di noor arfa batik.. 
sempat jugak beli batik 2-3 helai untuk ibu dan ibu mertua
tak mampu nak beli banyak coz harganya boleh 'tahan'

 Kebanyakkan gambar yang disnap ni banyak di Terengganu.. gambar- gambar kat Kelantan kebanyakkannya gegar and blur..jurukamera tak berapa profesional yang snap..faham-faham je  la

bergambar di Padang Merdeka a.k.a Bank Kerapu

Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia Ke II)
Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.
Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd".  - sumber wikipedia

No comments: